Gempa bumi lemah landa Jementah, gegaran dirasai di Segamat

Menurut MetMalaysia, gempa itu berukuran magnitud 2.7 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.
Menurut MetMalaysia, gempa itu berukuran magnitud 2.7 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.
A
A
A

SEGAMAT - Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Jementah di sini pada jam 7.55 malam, Isnin.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berukuran magnitud 2.7 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.

“Pusat gempa dikenal pasti pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, iaitu kira-kira tiga kilometer di barat Segamat,” katanya dalam kenyataan.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan gegaran turut dirasai di sekitar Segamat dan kawasan berhampiran.

Menurut rekod, gempa pertama berlaku di Segamat dengan kekuatan 4.1 dan 2.8 magnitud pada 24 Ogos diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos) dan 3.4 magnitud (29 Ogos).

Sementara di Batu Pahat pula dengan kekuatan 2.7 dan 2.9 magnitud dilaporkan berlaku pada 30 dan 31 Ogos lalu dan terakhir 2.9 magnitud pada 3 September lalu.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gempa bumi lemah berlaku di Jementah, Segamat pada jam 7.55 malam, Isnin
  • Magnitud gempa ialah 2.7 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer
  • Pusat gempa dikenal pasti berdekatan Segamat tepatnya tiga kilometer di barat
  • Gegaran dirasai di Segamat dan kawasan berhampiran
  • Rekod menunjukkan beberapa gempa sebelum ini berlaku di Segamat dan Batu Pahat dengan magnitud berbeza

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!