IOIPG Foundation semarakkan Deepavali bersama 30 penghuni SCF

Pasukan Team IOI bergambar bersama anak-anak dan penjaga Shepherd’s Centre Foundation semasa program Deepavali Wish Tree anjuran IOIPG Foundation.
Pasukan Team IOI bergambar bersama anak-anak dan penjaga Shepherd’s Centre Foundation semasa program Deepavali Wish Tree anjuran IOIPG Foundation.
A
A
A

SERAMAI 30 penghuni Shepherd’s Centre Foundation (SCF) di sini menerima kunjungan mesra dan sumbangan daripada cabang kebajikan IOI Properties Group (IOIPG), IOIPG Foundation sempena sambutan Deepavali baru-baru ini.

Program dikenali sebagai IOIPG Foundation Deepavali Wish Tree Event berkenaan dianjurkan oleh pasukan sukarelawan IOI pada 1 November lepas bagi meraikan perayaan penuh makna bersama komuniti setempat.

Sumbangan daripada warga kerja IOI, orang awam serta IOIPG Foundation mengumpul dana keseluruhan kira-kira RM11,400, sekali gus memberi manfaat kepada 30 kanak-kanak berusia antara lapan hingga 25 tahun dan 12 penjaga di pusat berkenaan.

 Team IOI bermain bersama anak-anak sambil berkongsi keceriaan menerusi permainan yang menawarkan hadiah misteri menarik.
Team IOI bermain bersama anak-anak sambil berkongsi keceriaan menerusi permainan yang menawarkan hadiah misteri menarik.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan IOI Properties, Kim Teoh berkata, pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan anak-anak terbabit.

"Kami percaya membantu komuniti yang memerlukan dan membantu orang lain merupakan antara perkara penting yang menjadi tanggungjawab bersama.

"Semangat memberi itu menjadi nilai teras seluruh pasukan IOI, dan melihat senyuman anak-anak hari ini menjadikan usaha ini berbaloi setiap masa,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen berterusan IOIPG Foundation terhadap kebajikan SCF.

Artikel Berkaitan:

"Kami berdedikasi untuk membuat perubahan di sini. Itulah sebabnya IOIPG Foundation komited menyalurkan bantuan selama dua tahun kepada Shepherd’s Centre Foundation sebelum memperluaskan sokongan kepada komuniti berdekatan,” ujarnya.

Acara itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti permainan yang menceriakan suasana, selain peluang warga kerja IOI daripada pelbagai jabatan berinteraksi dan beramah mesra dengan anak-anak di pusat tersebut.

Pasukan Palm Garden Golf Club di bawah kumpulan yang sama, turut menyumbang tenaga dengan menyediakan jamuan tengah hari yang menyelerakan untuk semua penghuni.

Kemuncak majlis adalah penyampaian Duit Deepavali dan hadiah Wish Tree yang menunaikan impian anak-anak itu, termasuk barangan pendidikan, pakaian sukan dan permainan.

“Melalui IOIPG Foundation, kami berusaha meneruskan legasi pengasas kami dengan memperkasa anak muda serta memupuk semangat memberi dalam kalangan masyarakat," menurutnya lagi.

Ringkasan AI

  • SEMENYIH - Seramai 30 penghuni Shepherd's Centre Foundation (SCF) di sini menerima kunjungan mesra dan sumbangan daripada cabang kebajikan IOI Properties Group (IOIPG), IOIPG Foundation sempena sambutan Deepavali baru-baru ini
  • Program IOIPG Foundation Deepavali Wish Tree Event menjumpai sumbangan kira-kira RM11,400 untuk manfaat 30 kanak-kanak berusia antara lapan hingga 25 tahun dan 12 penjaga
  • Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan IOI Properties, Kim Teoh menekankan pentingnya pendidikan dalam membentuk masa depan anak-anak dan komitmen bantuan berterusan kepada SCF
  • IOIPG Foundation berkomitmen menyalurkan bantuan selama dua tahun kepada SCF sebelum memperluaskan sokongan kepada komuniti berdekatan
  • Kemuncak acara ialah penyampaian Duit Deepavali dan hadiah Wish Tree yang meliputi barangan pendidikan, pakaian sukan dan permainan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!