Geng Ajoi aktif curi motosikal kawasan apartmen, tepi jalan tumpas

Dengan penahanan kedua-dua suspek Geng Ajoi, polis turut merampas motosikal dan komponen motosikal dianggarkan bernilai RM50,000.
Dengan penahanan kedua-dua suspek Geng Ajoi, polis turut merampas motosikal dan komponen motosikal dianggarkan bernilai RM50,000.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menjadikan kawasan apartmen dan tempat letak motosikal di tepi jalan sebagai sasaran utama, taktik licik dua lelaki yang aktif mencuri motosikal akhirnya terbongkar selepas mereka diberkas baru-baru ini.

Kedua-dua suspek yang merupakan ahli kumpulan dikenali sebagai Geng Ajoi itu ditahan sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Sentul, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 26 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kumpulan berkenaan dipercayai mula aktif sejak Julai lalu dan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.

"Hasil tangkapan terhadap dua lelaki berusia 38 dan 28 tahun itu membawa kepada penemuan tiga motosikal yang dilaporkan hilang di kawasan pentadbiran IPD Sentul dan IPD Wangsa Maju.

"Siasatan dijalankan mendapati suspek juga terlibat dalam empat lagi kes kecurian motosikal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM50,000," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini pada Isnin.

Katanya, semakan mendapati kedua-dua suspek memiliki beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.

"Saringan dijalankan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan selanjutnya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tangkapan itu turut menyelesaikan tujuh kes curi motosikal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang serta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada polis.

"Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2222," katanya.

Ringkasan AI

  • Dua lelaki yang mencuri motosikal di apartmen dan tepi jalan diberkas
  • Mereka adalah ahli Geng Ajoi dan ditangkap oleh polis Sentul pada 26 Oktober
  • Kumpulan ini aktif sejak Julai di Kuala Lumpur dan Selangor
  • Tangkapan membawa kepada penemuan tiga motosikal hilang dan terlibat dalam empat kes curian lain
  • Kedua-dua suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!