Murid meninggal dunia ketika kejohanan ragbi, KPM batal kejohanan

IPOH - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, selepas kejadian seorang murid yang menyertainya meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat.
KPM dalam satu kenyataan yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid tersebut memaklumkan bahawa keputusan membatalkan kejohanan sehingga esok dan menjadualkannya semula adalah bagi menghormati pemergian murid tersebut.
"Allahyarham yang rebah ketika perlawanan, telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
"Seluruh warga KPM mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Ringkasan AI
- Kementerian Pendidikan Malaysia membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 kerana kematian seorang murid
- Keputusan pembatalan sebagai penghormatan kepada murid yang meninggal
- Murid tersebut meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan
- Pasukan perubatan memberi rawatan awal sebelum mangsa dibawa ke hospital
- KPM mendoakan agar roh murid ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
