Wanita tempuh detik hitam dicabul di parkir kelab malam

Seorang wanita dicabul di tempat letak kenderaan sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2, Kuala Lumpur. Gambar hiasan
Seorang wanita dicabul di tempat letak kenderaan sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2, Kuala Lumpur. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menempuh detik hitam apabila dicabul di tempat letak kenderaan sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2 di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa berumur 33 tahun berhubung kejadian itu pada jam 8.09 pagi.

"Berdasarkan laporan, mangsa memaklumkan dirinya telah dicabul oleh seorang lelaki dipercayai warga tempatan berusia lingkungan 27 hingga 28 tahun.

"Kejadian didakwa berlaku di kawasan parkir kelab malam berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Setakat ini, belum terdapat sebarang tangkapan dilakukan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita dicabul di tempat letak kenderaan sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2
  • Kejadian berlaku pada Sabtu dan laporan dibuat pada jam 8.09 pagi
  • Mangsa berumur 33 tahun dan pencabul dipercayai lelaki warga tempatan berumur 27 hingga 28 tahun
  • Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti suspek
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!