'Tolong cari dia, suruh balik rumah'- Wanita 'rayu' bantuan kucing liar guna telefon bimbit

Setiap kucing yang ditemuinya ditunjukkan gambar Lamut - Foto: Agensi
Setiap kucing yang ditemuinya ditunjukkan gambar Lamut - Foto: Agensi
A
A
A

BANGKOK – Kisah unik dari Thailand ini mencuri perhatian netizen di seluruh dunia apabila seorang wanita berjaya menemui kucing kesayangannya yang hilang dengan bantuan kucing liar di kejiranannya semuanya bermula dengan telefon bimbit.

Menurut laporan, kucingnya, Lamut, dilaporkan hilang selepas wanita itu mencarinya sepanjang malam tanpa sebarang petunjuk.

Dalam usaha terakhir, dia mengambil langkah luar biasa iaitu menunjukkan gambar Lamut kepada kucing-kucing liar di kawasan perumahannya menggunakan telefon bimbit.

Wanita itu meminta seekor kucing jalanan membantunya mencari Lamut.
Wanita itu meminta seekor kucing jalanan membantunya mencari Lamut.

“Tolong...tolong cari dia dan suruh balik rumah,” ujar wanita itu kepada kucing-kucing liar sambil memegang telefon yang memaparkan wajah Lamut.

Keajaiban berlaku keesokan harinya apabila Lamut kembali pulang dengan selamat. Sebagai tanda terima kasih, wanita itu kemudiannya mula memberi makan kucing-kucing liar yang telah membantunya itu, menjadikan mereka sebahagian daripada misi mencari haiwan kesayangannya.

Lamut akhirnya pulang dan menemui kembali tuannya. - Foto: Agensi
Lamut akhirnya pulang dan menemui kembali tuannya. - Foto: Agensi

Artikel Berkaitan:

Rakaman video yang dikongsi di TikTok telah mendapat ratusan ribu tontonan dan pujian daripada warganet, yang memuji kreativiti dan ikatan unik antara manusia dan haiwan.

Kisah ini bukan sahaja menunjukkan kepintaran haiwan, malah juga bagaimana teknologi mudah alih boleh menjadi alat penyelamat bahkan untuk misi mencari kucing yang hilang.-Agensi

Ringkasan AI

  • Kisah unik dari Thailand tentang wanita yang menemui kucing kesayangannya hilang dengan bantuan kucing liar
  • Wanita itu menunjukkan gambar kucingnya yang hilang, Lamut kepada kucing-kucing liar menggunakan telefon bimbit
  • Keesokan harinya, Lamut kembali pulang dengan selamat ke rumah
  • Sebagai tanda terima kasih, wanita itu mula memberi makan kucing-kucing liar yang telah membantu
  • Kisah ini viral di TikTok, memuji kreativiti dan ikatan manusia dengan haiwan serta peran teknologi mudah alih

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!