Wanita curi telefon bimbit diburu

Tular di media sosial rakaman video memaparkan tindakan suspek mencuri telefon bimbit dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di Cheras.
Tular di media sosial rakaman video memaparkan tindakan suspek mencuri telefon bimbit dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di Cheras.
A
A
A

KAJANG - Tindakan seorang wanita mencuri telefon bimbit di kaunter sebuah premis perniagaan di Batu 9, Cheras di sini pada Jumaat mengundang padah apabila aksinya itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.48 malam.

Menurutnya, laporan dibuat oleh seorang wanita tempatan berusia 20 tahun memaklumkan telefon bimbit miliknya telah hilang semasa bekerja di premis berkenaan.

"Siasatan awal mendapati telefon bimbit milik mangsa diletakkan di atas meja kaunter sebelum disedari hilang.

"Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita dipercayai mengambil telefon bimbit tersebut sebelum beredar dari lokasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Naazron berkata, polis percaya suspek bertindak bersendirian dan mengambil kesempatan ketika mangsa leka menjalankan tugas di kaunter.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan identitinya sedang dikenal pasti," katanya.

Tegasnya, suspek diminta supaya menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

"Selain itu, maklumat juga dapat disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ammar Mohd Tahir di talian 018-2586153,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan tindakan suspek mencuri telefon bimbit berkenaan dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di sini.

Paparan video menunjukkan suspek bertindak mengambil telefon bimbit di kaunter premis berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!