X

Kindly register in order to view this article
!

MAIK taja makan setiap hari petugas Covid-19

Rusydee menyerahkan pek makanan kepada wakil HRPZ II di sini hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menerusi program MAIK Prihatin akan menyediakan pek makanan kepada petugas yang terlibat secara langsung merawat pesakit koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Zulkifle Ab Rahman berkata, pihaknya akan menyediakan pek makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan malam sepanjang tempoh wabak Covid-19.

“Ini sebagai sokongan kepada mereka yang bertugas sebagai barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19 dan juga merawat pesakit berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, sebagai permulaan majlis ringkas penyerahan sumbangan pek makanan kepada petugas di HRPZ II diadakan pagi tadi.

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha MAIK, Rusydee Abdullah kepada wakil HRPZ II, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir.

Turut hadir, Pegawai Agihan Zakat MAIK, Mahamad Azmi Zakaria dan Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Hasim Mohamed.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!