Anak tikam ibu berang minyak rambut hilang

Seorang pemuda ditahan pihak polis selepas menikam ibu kandungnya sendiri hanya kerana marah apabila minyak rambut miliknya hilang.
Seorang pemuda ditahan pihak polis selepas menikam ibu kandungnya sendiri hanya kerana marah apabila minyak rambut miliknya hilang.
A
A
A

MAKASSAR – Seorang pemuda berusia 21 tahun di daerah Mamuju, Wilayah Sulawesi Barat, ditahan pihak polis selepas menikam ibu kandungnya sendiri hanya kerana marah apabila minyak rambut miliknya hilang.

Kejadian mengejutkan itu berlaku di kawasan Tasiu, daerah Kalukku, pada Selasa lalu (28 Oktober 2025).

Menurut jurucakap Polis Mamuju, Inspektor Polis (Ipda) Herman Basir, suspek yang dikenali sebagai MC pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum mencari minyak rambutnya yang tidak dijumpai.

“Ketika ibunya cuba menenangkan keadaan, suspek tiba-tiba bertindak agresif dan menikam ibunya menggunakan sebilah pisau,” katanya kepada media pada Rabu.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian tangan akibat tikaman tersebut. Polis yang menerima laporan segera bergegas ke lokasi kejadian, menahan suspek dan merampas senjata yang digunakan.

“Suspek kini berada dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Mamuju bagi siasatan dan tindakan undang-undang lanjut,” tambah Herman.

Insiden itu mencetuskan kejutan dalam kalangan penduduk tempatan yang menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan, sekali gus menyorot isu keganasan domestik yang kian membimbangkan di wilayah berkenaan.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang pemuda di Mamuju, Sulawesi Barat, menikam ibu kandungnya kerana marah minyak rambut hilang
  • Kejadian berlaku di Tasiu, Kalukku, pada 28 Oktober 2025
  • Suspek dalam keadaan mabuk tidak menjumpai minyak rambutnya dan bertindak agresif
  • Mangsa mengalami kecederaan pada tangan akibat tikaman
  • Suspek ditahan untuk siasatan dan tindakan undang-undang lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!