Polis Thailand serbu hotel promosi pelacuran gadis bawah umur

BANGKOK - Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat memperdagangkan gadis bawah umur bagi tujuan eksploitasi seks di daerah Bang Khae, lapor Khaosod Online.
Tangkapan suspek lelaki berusia 58 tahun dan isterinya, 37 tahun itu dilakukan pasukan yang diketuai Ketua Bahagian Antipemerdagangan Manusia, Kolonel Polis Witthaya Sriprasertphap pada Selasa.
Kedua-dua suspek didakwa terlibat dalam promosi pelacuran kanak-kanak dan merampas pelbagai barangan antaranya pil kontraseptif, alat ujian kehamilan, kondom dan rekod kewangan.

Siasatan dijalankan selepas polis Bang Rak menemui laman Facebook yang mengiklankan gadis bawah umur untuk perkhidmatan seksual pada harga 1,500 baht (RM194) setiap sesi.
Pasangan suspek yang juga pemilik sebuah hotel dikenali dalam kalangan pelancong berikutan menawarkan pakej untuk bilik, perkhidmatan seksual dan yuran berjumlah 2,150 baht (RM278).
Seorang gadis berusia 15 tahun yang diselamatkan semasa operasi mendedahkan bahawa dia telah dipaksa melacur oleh pasangan terbabit yang turut menggajikan beberapa gadis bawah umur.
Kedua-dua suspek kini disiasat oleh Bahagian Antipemerdagangan Manusia untuk prosiding undang-undang.
Ringkasan AI
- Polis menahan sepasang suami isteri disyaki eksploitasi seks gadis bawah umur di Bang Khae
- Suspek lelaki berusia 58 tahun dan isterinya 37 tahun
- Mereka didakwa terlibat promosi pelacuran kanak-kanak
- Siasatan bermula dari laman Facebook iklankan gadis bawah umur untuk perkhidmatan seksual
- Pasangan itu juga pemilik hotel yang menawarkan pakej perkhidmatan seksual
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
