Trump ramal pelaburan sehingga AS$22 trilion masuk ke AS menjelang akhir 2025

Donald Trump. Foto Bernama
Donald Trump. Foto Bernama
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata, dalam tempoh sembilan bulan pertama penggal kedua beliau, AS telah menarik pelaburan berjumlah AS$18 trilion.

Beliau berkata jumlah itu dijangka mencecah AS$22 trilion menjelang akhir 2025, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Beliau menyatakannya pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Korea Selatan.

Menurut Trump, beliau percaya AS kini berada dalam era "revolusi ekonomi” dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 3.8 peratus. - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan AS telah menarik pelaburan berjumlah AS$18 trilion dalam tempoh sembilan bulan pertama penggal kedua beliau
  • Jumlah pelaburan dijangka mencecah AS$22 trilion menjelang akhir 2025
  • Pengumuman itu dibuat pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik di Korea Selatan
  • Trump percaya AS berada dalam era revolusi ekonomi
  • Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar AS sebanyak 3.8 peratus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!