Bank tawar penangguhan bayaran pinjaman sehingga enam bulan

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, manfaat langkah penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan serta penyusunan baki kad kredit dan penstrukturan semula pinjaman perniagaan susulan impak koronavirus (Covid-19) melibatkan nilai berjumlah sekurang-kurangnya RM100 bilion.

Muhyiddin berkata, bank tempatan akan menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik sehingga enam bulan kepada peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bermula 1 April ini.

Beliau berkata, bagi pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan juga boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berjangka.

Menurutnya, fleksibiliti penangguhan pembayaran balik kad kredit ini boleh dimanfaatkan oleh peminjam dari 1 April ini sehingga 31 Disember nanti.