Tukang masak wanita minta Mat Tere tunjuk kemaluan ditahan

PASIR MAS - Seorang tukang masak wanita yang didakwa meminta insan 'istimewa' Muhammad Zul Apiz Baharum, 37, atau Mat Tere menunjukkan kemaluannya menerusi siaran langsung TikTok ditahan polis pada Ahad bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur.

"Kita reman suspek selama empat hari. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Selasa.
Sinar Harian pada Jumaat lalu melaporkan, keluarga Mat Tere meminta orang ramai agar tidak mengambil kesempatan terhadap lelaki tersebut yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Ini ekoran tular video terbaharu Mat Tere menunjukkan kemaluannya selepas diminta oleh seorang wanita dalam siaran langsung di TikTok.
Sebelum itu pada 2017, lelaki dari Ketereh itu pernah ditahan selepas didakwa menghina Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail melalui penyebaran video di media sosial.
Ringkasan AI
- Seorang tukang masak wanita ditahan polis kerana didakwa meminta Muhammad Zul Apiz Baharum menunjukkan kemaluannya di TikTok
- Suspek berusia 27 tahun ditahan di Kuala Lumpur
- Suspek direman selama empat hari tanpa rekod jenayah lampau
- Kelurga Mat Tere meminta orang ramai tidak mengambil kesempatan terhadapnya kerana dia orang kurang upaya
- Pada 2017, Mat Tere pernah ditahan kerana didakwa menghina Pemangku Sultan Johor di media sosial
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

