APEX Business Summit IX tonjol nilai, integriti dan kepimpinan usahawan baharu

KUMPULAN Syarikat Funnelevo dengan bangganya menganjurkan APEX BUSINESS SUMMIT IX, sebuah persidangan perniagaan eksklusif yang menghimpunkan lebih 162 pengasas syarikat dari seluruh Malaysia, dengan fokus utama memperkukuh strategi pertumbuhan menjelang tahun 2026.
Persidangan yang berlangsung dari 27 hingga 28 Oktober ini turut menampilkan tokoh media tersohor merangkap Penasihat Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, sebagai tetamu kehormat dan penceramah utama.
Dalam ucapannya, Hussamuddin menekankan pentingnya nilai dan integriti dalam dunia perniagaan moden.
“Bisnes yang berjaya bukan sekadar tentang angka dan keuntungan, tetapi tentang membina pengaruh dan meninggalkan kesan yang baik kepada masyarakat.
“Dunia kini perlukan lebih ramai usahawan yang bukan hanya hebat berniaga, tetapi juga membawa nilai dan visi untuk memperbaiki ekosistem manusia,” katanya.
Beliau turut memuji usaha Funnelevo sebagai antara organisasi yang konsisten membimbing ribuan usahawan tempatan ke arah pembangunan struktur dan kepimpinan yang mampan.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Funnelevo, Fahdi Ghazali berkata, visi utama syarikat adalah untuk menaikkan standard bisnes tempatan agar mampu bersaing di peringkat global menjelang 2026 melalui inisiatif besar bertajuk “Raise Your Business Standard 2026”.
“Kita tidak mahu usahawan Malaysia hanya hebat menjual tetapi lemah mengurus. Funnelevo hadir untuk melahirkan generasi pengasas bisnes yang berfikir seperti pemimpin; berstrategi, berstruktur dan berimpak.
“Tahun 2026 bukan lagi tentang survival, tetapi tentang standard baharu dalam dunia bisnes,” katanya.
Menariknya, program ini dirangka untuk membantu para pengasas dan pemimpin syarikat menilai semula hala tuju organisasi dan strategi bisnes agar lebih bersedia menghadapi cabaran ekonomi 2026; membangunkan sistem pengurusan dan kepimpinan berstruktur supaya bisnes tidak bergantung sepenuhnya kepada individu semata-mata; menguasai strategi pertumbuhan berskala besar (High-Impact Framework) bagi menggandakan hasil dengan lebih efisien serta mewujudkan komuniti kolaboratif antara pengasas bisnes untuk saling menyokong melalui perkongsian pengalaman, ilmu dan strategi sebenar di lapangan.
Lebih mengujakan, sebagai kesinambungan kepada kejayaan APEX BUSINESS SUMMIT IX, Funnelevo yang juga peneraju dalam konsultasi perniagaan dan bimbingan bisnes berstruktur menjemput semua pendiri bisnes untuk hadir ke program utama akhir tahun bertajuk “AMAZING FOUNDER: RAISE YOUR BUSINESS STANDARD”, yang akan berlangsung pada 26 dan 27 November 2025 di IDCC Shah Alam.
Program ini akan menghimpunkan lebih ramai pengasas bisnes bagi menghadapi tahun 2026 dengan strategi sebenar yang merangkumi kepimpinan, pemasaran, pengurusan dan sistem operasi.
“Inilah masanya untuk anda naik taraf cara berfikir, cara memimpin dan cara mengurus bisnes,” kata Fahdi.
Ringkasan AI
- Funnelevo Group of Companies anjur APEX BUSINESS SUMMIT IX menghimpunkan lebih 162 pengasas syarikat dari seluruh Malaysia
- Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Karangkraf sebagai tetamu kehormat dan penceramah utama, menekankan pentingnya nilai dan integriti dalam perniagaan
- Funnelevo memuji usaha membimbing ribuan usahawan tempatan ke arah pembangunan berkelanjutan
- Visi utama Funnelevo adalah meningkatkan standard bisnes tempatan untuk bersaing global menjelang tahun 2026
- Program AMAZING FOUNDER: RAISE YOUR BUSINESS STANDARD diadakan untuk mempersiapkan pengasas bisnes dengan strategi kepimpinan, pemasaran, pengurusan dan sistem operasi menjelang tahun 2026
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

