Malaysia, Vietnam bincang usaha muktamad pelan tindakan kerjasama strategik komprehensif

Anwar (dua dari kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan Pham Minh Chinh di Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama
Anwar (dua dari kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan Pham Minh Chinh di Kuala Lumpur hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Vietnam menerusi pertemuan dua hala hari ini membincangkan usaha memuktamadkan Pelan Tindakan Kerjasama Strategik Komprehensif antara kedua-dua negara di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan bersama rakan sejawatnya Perdana Menteri, Pham Minh Chinh itu turut terarah kepada perluasan kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan, elektrik dan elektronik (E&E), kercerdasan buatan (AI) semikonduktor dan industri halal.

"Mesyuarat itu juga bertujuan memperkukuh kerjasama tenaga hijau menerusi projek Gentari-TNB-Petrovietnam melibatkan tenaga angin dan solar," kata beliau.

Anwar berkata, kedua-dua pihak juga bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global termasuk keselamatan makanan, jenayah rentas sempadan, Laut China Selatan dan Myanmar dengan komitmen untuk memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan berperanan sebagai platform penting untuk memperkukuh kerjasama dan menangani isu yang menjadi cabaran serantau serta global secara menyeluruh. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Malaysia dan Vietnam bincang Pelan Tindakan Kerjasama Strategik Komprehensif
  • Pertemuan terarah kepada perluasan kerjasama perdagangan, pelaburan, dan teknologi
  • Memperkukuh kerjasama tenaga hijau melalui projek Gentari-TNB-Petrovietnam
  • Bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global termasuk keselamatan makanan dan Laut China Selatan
  • Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 penting untuk perkuat kerjasama dan tangani cabaran serantau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!