BN Sabah cadang tiga langkah reformasi pengurusan sumber negeri-Suhaimi

Suhaimi
Suhaimi
A
A
A

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah menegaskan keperluan mendesak untuk melaksanakan reformasi menyeluruh dalam pengurusan sumber asli di negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, ia susulan kebimbangan rakyat berkaitan isu lesen mineral yang turut mendakwa berkaitan dengan beberapa pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ahli Parlimen Libaran itu turut berkata, pendedahan yang mendakwa penglibatan ahli politik dalam urusan sumber negeri amat membimbangkan dan boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti pentadbiran kerajaan negeri.

"BN Sabah mencadangkan tiga langkah utama bagi memulihkan keyakinan rakyat dan memastikan pengurusan sumber negeri kembali telus, beramanah dan berpihak kepada rakyat.

"Pertama, menggubal Akta FPIC Sabah (Free, Prior and Informed Consent) bagi melindungi hak tanah adat (NCR) dan memastikan tiada rundingan dibuat di belakang rakyat.

"Kedua, melaksanakan reformasi struktur Lembaga Pengurusan Mineral Sabah (SMM) supaya dikendalikan oleh profesional bebas, bukan ahli politik berkepentingan dan ketiga, memastikan keutamaan diberikan kepada syarikat milik Anak Sabah dalam semua projek pembangunan serta eksploitasi sumber negeri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, Sabah memerlukan keberanian politik untuk mempertahankan hak rakyatnya.

"Hasil yang besar tidak bermakna jika maruah negeri tergadai. Bumi Sabah bukan untuk dijual tetapi untuk diwariskan kepada generasi akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Barisan Nasional Sabah menekankan keperluan reformasi pengurusan sumber asli
  • Kebimbangan rakyat tentang isu lesen mineral dan penglibatan beberapa pemimpin GRS
  • Pendedahan penglibatan politik dalam urusan sumber negeri boleh menjejaskan keyakinan rakyat
  • Cadangan melindungi hak tanah adat, reformasi lembaga pengurusan mineral dan keutamaan kepada syarikat Anak Sabah
  • Sabah memerlukan keberanian politik untuk mempertahankan hak rakyat dan memastikan bumi diwariskan kepada generasi akan datang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!