Wang lesap RM30,000 terpedaya promosi TikTok

Mikki mengalami kerugian sebanyak RM30,000 akibat tertipu dengan jualan beg tangan berjenama di aplikasi TikTok.
Mikki mengalami kerugian sebanyak RM30,000 akibat tertipu dengan jualan beg tangan berjenama di aplikasi TikTok.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM30,000 akibat tertipu dengan jualan beg tangan berjenama di aplikasi TikTok.

Mangsa yang berusia 46 tahun merupakan pekerja kebajikan dan hanya mahu dikenali sebagai Mikki, 55, mengakui tertarik dengan tawaran yang dibuat di laman TikTok.

Malah ibu tunggal lima anak ini mengakui tidak menyedari telah membelanjakan kira-kira RM30,000 bagi mendapatkan beberapa beg tangan yang sebenarnya merupakan beg tangan tiruan.

“Pada Mac 2024, saya telah tertarik melihat iklan beg tangan TikTok berharga RM2,000 ke RM3,000.

“Jadi, saya pun ajak kawan-kawan yang turut terlibat dalam kerja-kerja kebajikan yang saya lakukan ini untuk turut membeli beg tangan tersebut.

“Memang ramai yang tertarik dan rata-ratanya sanggup masukkan wang berjumlah RM2,000 hingga RM3,000 ke akaun bank yang diberikan bagi mendapatkan beg-beg tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah wanita itu lagi, kesemua mereka tersedar ditipu apabila menerima beg tangan tidak berjenama seperti yang dijual dalam talian.

Katanya, ketika dia cuba menghubungi pihak penjual, didapati nombor telefon telah disekat begitu juga dengan nombor telefon yang lain.

“Lebih menyedihkan ada dalam kalangan mangsa termasuk saya merupakan suri rumah dan tidak memiliki pendapatan tetap.

Artikel Berkaitan:

“Kehilangan wang simpanan sememangnya sesuatu yang memeritkan dan kami semua berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu serta mengambil tindakan segera berhubung perkara ini,” katanya.

 

Ringkasan AI

  • Seorang wanita di Johor Bahru kerugian RM30,000 akibat tertipu jualan beg tangan di TikTok
  • Mangsa, ibu tunggal lima anak, tertarik dengan tawaran harga RM2,000 hingga RM3,000 untuk setiap beg
  • Pembelian dibuat secara berkumpulan bersama kawan-kawan yang turut terlibat dalam kerja kebajikan
  • Mereka menerima beg tangan tiruan bukan sebagaimana yang diiklankan dalam talian
  • Ketika cuba hubungi penjual, mangsa mendapati nombor telefon penjual sudah disekat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!