Reman ‘bapa ayam’, empat pekerja seks disambung tiga hari lagi

Dua lagi wanita tempatan iaitu pemilik dan pengurus premis serta seorang pelanggan juga lelaki Bangladesh turut disambung reman

Kesemua suspek wanita yang selesai disambung reman.
Kesemua suspek wanita yang selesai disambung reman.
A
A
A

KOTA BHARU – Tempoh reman lapan individu termasuk seorang lelaki yang disyaki berperanan sebagai bapa ayam dan empat pekerja seks wanita warga asing disambung tiga hari lagi oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid terhadap semua suspek yang berusia antara 36 hingga 77 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, perintah reman dilanjutkan bagi membolehkan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

“Perintah sambung reman ini berkuat kuasa mulai Selasa hingga Khamis ini,” katanya kepada pemberita.

Kesemua suspek sebelum ini direman selama lima hari sejak Ahad lalu selepas ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Jalan Kebun Sultan, pada jam 11.15 malam, Khamis lalu.

Pekerja seks yang ditahan terdiri daripada tiga wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Vietnam, manakala dua lagi wanita tempatan yang turut ditahan dipercayai merupakan pemilik dan pengurus premis tersebut bagi membantu siasatan berkaitan kegiatan persundalan.

Seorang lagi suspek yang ditahan dalam serbuan berkenaan ialah seorang pelanggan lelaki warga Bangladesh.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tempoh reman lapan individu termasuk seorang lelaki bapa ayam dan empat pekerja seks wanita warga asing disambung tiga hari lagi
  • Majistret Rais Imran Hamid mengeluarkan perintah sambung reman terhadap suspek berusia 36 hingga 77 tahun
  • Kesemua suspek sebelum ini direman lima hari selepas ditahan dalam serbuan oleh D7 IPK Kelantan di Jalan Kebun Sultan
  • Pekerja seks yang ditahan adalah tiga wanita warga Thailand dan seorang wanita warga Vietnam
  • Seorang pelanggan lelaki warga Bangladesh juga ditahan dalam serbuan tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!