Dua suspek kes rompakan barang kemas Muzium Lourve diberkas

Dua suspek yang dikaitkan dengan rompakan di Muzium Louvre itu ditahan oleh pihak pengusa Perancis.
Dua suspek yang dikaitkan dengan rompakan di Muzium Louvre itu ditahan oleh pihak pengusa Perancis.
A
A
A

ISTANBUL - Pihak berkuasa Perancis menahan dua suspek yang dikaitkan dengan rompakan minggu lepas di Muzium Louvre yang mana lapan permata diraja Perancis bernilai kira-kira 88 juta pound  (RM494 juta) dicuri, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan pada Ahad.

Menurut BFMTV, seorang suspek ditahan lewat Sabtu di Lapangan Terbang Roissy-Charles de Gaulle ketika cuba menaiki penerbangan ke Algeria.

Penahanan dilakukan oleh polis sempadan dan briged antirompak samun.

Seorang lagi individu turut ditahan berhubung kes rompakan itu yang dipercayai melibatkan kumpulan empat orang yang memecahkan tingkap di Galeri Apollon sebelum melarikan diri bersama barangan kemas berharga itu.

Penyiasat masih memburu dua lagi suspek yang masih bebas serta mencari semula barang-barang yang dicuri.

Antara koleksi yang dicuri termasuk rantai dan anting-anting daripada koleksi Marie-Louise; rantai, anting-anting dan tiara daripada koleksi Marie-Amelie dan Hortense serta dua kerongsang, reben hiasan pakaian dan tiara daripada koleksi Maharani Eugenie.

Penyiasat kemudian menemui mahkota milik Eugenie yang ditinggalkan berhampiran muzium -penemuan yang menurut seorang pengawal keselamatan Louvre membuktikan yang "rancangan mereka digagalkan.” - Bernama 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Pihak berkuasa Perancis menahan dua suspek berkaitan rompakan di Muzium Louvre
  • Seorang suspek ditahan di Lapangan Terbang Roissy-Charles de Gaulle ketika cuba menaiki penerbangan ke Algeria
  • Penahanan dilakukan oleh polis sempadan dan briged antirompak samun
  • Empat orang memecahkan tingkap Galeri Apollon dan melarikan diri bersama barangan kemas berharga
  • Penyiasat masih mencari dua lagi suspek dan barang-barang yang dicuri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!