Barang kemas 'tidak ternilai' dicuri dari Muzium Louvre di Paris

Mahkota Permaisuri Perancis, Eugénie de Montijo yang dipamerkan di Galeri Apollo pada 14 Januari 2020 di Muzium Louvre, Paris. Foto fail AFP
Mahkota Permaisuri Perancis, Eugénie de Montijo yang dipamerkan di Galeri Apollo pada 14 Januari 2020 di Muzium Louvre, Paris. Foto fail AFP
A
A
A

LONDON - Barang kemas bernilai 'tidak ternilai' telah dicuri dari muzium ikonik Louvre di Paris dalam satu kejadian rompakan besar, kata Menteri Dalam Negeri Perancis pada Ahad.

Menurut laporan Anadolu Ajansi (AA), Muzium Louvre ditutup lebih awal pada Ahad selepas kejadian rompakan itu berlaku pada waktu siang.

"Tiada kecederaan dilaporkan. Saya berada di lokasi bersama pasukan muzium dan pihak polis,” kata Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati menerusi platform media sosial X, sambil menambah bahawa siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan.

Anggota polis Perancis memeriksa lif perabot yang digunakan oleh perompak untuk memasuki Muzium Louvre, di Quai François Mitterrand, Paris. Foto AFP
Anggota polis Perancis memeriksa lif perabot yang digunakan oleh perompak untuk memasuki Muzium Louvre, di Quai François Mitterrand, Paris. Foto AFP

Muzium berkenaan turut mengumumkan di platform sama bahawa ia akan kekal ditutup pada Ahad "atas sebab luar biasa.”

Kemudian, Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez yang mengklasifikasikan kejadian itu sebagai "rompakan besar,” berkata, suspek dipercayai memasuki muzium dengan sebuah bakul lif yang diangkat menggunakan platform hidraulik dipasang pada lori.

"Barang kemas berkenaan mempunyai nilai warisan yang sebenar dan, sememangnya, tidak ternilai,” kata Nunez kepada stesen radio France Inter seperti dipetik oleh penyiar BFMTV.

Beliau berkata, penjenayah terbabit melarikan diri menaiki dua motosikal. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Barang kemas bernilai 'tidak ternilai' telah dicuri dari muzium ikonik Louvre di Paris
  • Muzium Louvre ditutup lebih awal selepas kejadian rompakan pada waktu siang
  • Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu
  • Suspek dipercayai memasuki muzium menggunakan bakul lif yang diangkat dengan platform hidraulik
  • Penjenayah melarikan diri menaiki dua motosikal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!