Trump menari spontan, curi tumpuan sebaik tiba di Malaysia

Tangkap layar video menunjukkan Trump menari bersama kumpulan penari tradisional sebaik tiba di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Tangkap layar video menunjukkan Trump menari bersama kumpulan penari tradisional sebaik tiba di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencuri perhatian ramai sebaik tiba di Malaysia apabila secara spontan menari bersama kumpulan penari tradisional tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketibaan Trump disambut meriah oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi persembahan kebudayaan penuh warna-warni sebagai tanda penghormatan kepada tetamu negara itu.

Sebaik melangkah turun dari pesawat rasmi Air Force One, Boeing 747-200B, Trump tersenyum lebar dan sempat mengikut rentak penari dengan gaya santai.

Aksi bersahajanya itu mengundang sorakan serta tepukan gemuruh daripada orang ramai yang berada di lokasi sambutan.

Trump turut meluangkan masa menyapa beberapa rakyat Malaysia yang hadir sebelum mengibarkan bendera Malaysia dan AS sebagai lambang persahabatan dua negara.

Beliau kemudian beramah mesra dengan tetamu yang berada berhampiran sebelum beredar menaiki limosin rasmi, The Beast bersama Anwar menuju ke tempat berlangsungnya sidang kemuncak.

Trump berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung selama dua hari bermula Ahad, selain Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.

Kehadiran beliau ke negara ini adalah atas jemputan rasmi Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Donald Trump menari bersama kumpulan penari tradisional tempatan sebaik sahaja tiba di Malaysia
  • Ketibaannya disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan persembahan kebudayaan
  • Trump mengikut rentak penari secara santai sebaik sahaja turun dari pesawat Air Force One
  • Aksi Trump mengundang sorakan dan tepukan dari orang ramai yang hadir
  • Trump berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan acara sidang kemuncak lain atas jemputan rasmi Anwar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!