Empat maut nahas tiga motosikal, Myvi

TANGKAK – Empat maut termasuk seorang gadis dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 32.5, Jalan Muar–Segamat, malam Jumaat
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 10.55 malam dan mengorbankan empat mangsa berusia antara 18 hingga 20 tahun.
Menurutnya, tiga mangsa iaitu penunggang motosikal Yamaha 135LC dan penunggang Yamaha Y15ZR serta pembonceng, remaja perempuan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Seorang lagi penunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di Hospital Tangkak di sini, semasa mendapatkan rawatan.

"Pemandu kereta Perodua Myvi bersama penumpang tidak mengalami kecederaan.
"Polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung nahas membabitkan empat mangsa itu," katanya dalam kenyataan.
Roslan berkata, kesemua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tangkak di sini untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Ringkasan AI
- Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Jalan Muar–Segamat
- Kemalangan berlaku sekitar jam 10.55 malam menyebabkan mangsa berusia antara 18 hingga 20 tahun
- Tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, seorang lagi di Hospital Tangkak
- Pemandu dan penumpang Perodua Myvi tidak cedera
- Polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

