Gaduh berebut teman wanita: Tiga ditahan, seorang lagi diburu polis

SHAH ALAM - Tiga ditahan, manakala seorang lagi diburu bagi membantu siasatan kes gaduh di Jalan Setia Y U13/Y Bandar Setia Alam di sini yang berpunca kerana berebut teman wanita.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 3.51 petang Khamis melibatkan pergaduhan empat lelaki tempatan
Menurutnya, kejadian tersebut juga turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
"Bertindak di atas maklumat, kira-kira jam 10 malam hari yang sama, Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menahan dua lelaki berusia 69 dan 44 tahun di pekarangan IPD Shah Alam.
"Polis kemudian merampas sebatang kayu berukuran kira-kira 36 inci di tepi jalan lokasi kejadian dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, seorang lagi lelaki berusia 22 tahun turut ditahan di Taman Kapar, Klang.
Tambah Mohd Iqbal, polis masih giat mengesan seorang lagi suspek yang terlibat.
"Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita," ujarnya.
Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohamad Hanafi Abdul Ghani di talian 010-3728932.
Ringkasan AI
- Tiga ditahan, manakala seorang lagi diburu bagi membantu siasatan kes gaduh di Bandar Setia Alam
- Kejadian pergaduhan ini berpunca dari berebut teman wanita
- Dua lelaki ditahan dekat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, sebatang kayu dirampas
- Seorang lagi lelaki ditahan di Taman Kapar, Klang
- Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
