Anwar terima memorandum 16 NGO sokong usaha bawa suara Malaysia

Anwar ketika hadir untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Quddus, PPAM Saderi, Presint 16 hari ini. - Foto: Bernama
Anwar ketika hadir untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Quddus, PPAM Saderi, Presint 16 hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima memorandum daripada gabungan 16 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinannya, termasuk usaha membawa suara Malaysia pada pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 26 hingga 28 Oktober ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menyerahkan memorandum itu kepada Perdana Menteri selepas solat Jumaat di Jumaat di Surau Al Quddus di Presint 16 di hari ini.

Antara NGO yang menyatakan sokongan ialah ABIM, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Ahmad Fahmi ketika ditemui pemberita berkata, memorandum itu mengandungi lima perkara utama, termasuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan dan usaha Perdana Menteri memulihkan ekonomi negara.

Perkara lain ialah menyeru agar Malaysia memanfaatkan Sidang Kemuncak AS-ASEAN untuk memperkukuh peranannya sebagai Pusat Keamanan Serantau serta menyatakan sokongan terhadap ketegasan Perdana Menteri membela hak rakyat Palestin dan memperkasa suara kemanusiaan global.

Perkara lain adalah untuk mengambil manfaat daripada persidangan Amerika Syarikat-ASEAN Untuk memperkukuh Malaysia sebagai Pusat Keamanan Serantau serta sokongan ketegasan Perdana Menteri membela hak rakyat Palestin dan memperkasa suara kemanusiaan global.

"Kita perlu memperkukuh peranan Malaysia sebagai pemain utama dunia dengan memanfaatkan kepengerusian ASEAN, dan dengan kehadiran Trump, penting untuk kita nyatakan pendirian negara,” katanya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima memorandum sokongan dari 16 NGO berkaitan kepimpinannya dan usaha di peringkat global
  • Memorandum diserahkan oleh Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, selepas solat Jumaat
  • NGO yang terlibat termasuk ABIM, MAPIM, IKRAM, WADAH, dan PKPIM
  • Memorandum mengandungi lima perkara utama termasuk sokongan terhadap usaha pemulihan ekonomi negara dan ketegasan membela hak rakyat Palestin
  • Menyeru Malaysia memanfaatkan Sidang Kemuncak AS-ASEAN untuk memperkukuh peranannya sebagai Pusat Keamanan Serantau

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!