[VIDEO] Bapa ayam, pemilik premis dan pelacur warga asing direman
KOTA BHARU - Seorang bapa ayam direman selama lima hari di Mahkamah Majistret di sini bermula Jumaat bagi membantu siasatan berkaitan dengan aktiviti pelacuran di negeri ini.
Turut ditahan dua wanita yang merupakan pemilik premis, pengurus dan empat pekerja seks serta seorang lelaki warganegara Bangladesh yang menjadi pelanggan turut ditahan bagi membantu siasatan.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Wan Muhammad Izzat Wan Abdullah.

Tahanan reman ke atas suspek berusia 77 hingga 36 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Sumber polis berkata, serbuan jam 11.15 malam itu dilakukan di Jalan Kebun Sultan oleh sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
"Kesemua pekerja seks yang ditahan terdiri daripada tiga warganegara Thailand dan seorang Vietnam.
"Saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah," katanya.
Ringkasan AI
- Seorang bapa ayam direman selama lima hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk siasatan aktiviti pelacuran
- Turut ditahan dua wanita pemilik premis, pengurus pusat, empat pekerja seks dan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang merupakan pelanggan
- Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Wan Muhammad Izzat Wan Abdullah
- Tahanan reman terhadap suspek berusia 77 hingga 36 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 372A dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan
- Serbuan polis di Jalan Kebun Sultan, suspek termasuk tiga warganegara Thailand dan seorang Vietnam, semuanya negatif dadah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

