Program K-Youth lahirkan  belia berdaya saing

K-Youth telah memberi manfaat kepada lebih 16,000 belia daripada pelbagai latar belakang dan bidang.
K-Youth telah memberi manfaat kepada lebih 16,000 belia daripada pelbagai latar belakang dan bidang.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembangunan bakat bukan  sekadar soal kelayakan akademik  atau peluang pekerjaan, tetapi merupakan asas kepada daya saing dan kemakmuran negara.  

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melihat pembangunan bakat sebagai pelaburan strategik untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan.

Melalui Khazanah Youth Development  Programme (K-Youth), inisiatif keboleh pasaran belia berasaskan peningkatan dan latihan semula kemahiran (upskilling dan reskilling), Khazanah dapat memperkukuh pembangunan modal insan serta  memastikan bakat muda Malaysia kekal relevan dan berdaya saing dalam  ekonomi masa depan.

Program ini terus membuktikan  keberkesanannya sebagai pemangkin  perubahan masa depan belia apabila  ramai peserta berjaya keluar daripada  kitaran pengangguran dan memperoleh  pekerjaan tetap.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk  Amirul Feisal Wan Zahir berkata, peruntukan RM200 juta untuk program K-Youth dalam Belanjawan 2026 mencerminkan komitmen untuk mem bangunkan bakat masa depan Malaysia.  

“Program ini melatih belia dengan  kemahiran baharu dan membuka peluang dalam sektor berimpak tinggi seperti semi konduktor, teknologi digital dan industri  hijau, sekali gus memperkukuh daya saing  Malaysia dalam ekonomi global,” katanya.

Program berstruktur ini meng gabungkan latihan industri sebenar dan  bimbingan intensif, membolehkan belia menimba pengalaman, membina kemahiran dan meningkatkan keyakinan diri sebagai persediaan ke pasaran kerja.  

Rakan program pula bertanggungjawab memantau kebajikan dan kemajuan peserta melalui sesi coaching dan pelbagai latihan berkala.

Sejak pelancarannya, K-Youth telah memberi manfaat kepada lebih 16,000 belia daripada pelbagai latar belakang dan bidang, termasuk teknologi, keusahawanan serta industri kreatif.  

Artikel Berkaitan:

Malah, 83 peratus daripada mereka  telahpun berjaya mendapat penempatan  kerja selepas tamat program tersebut.

Pelaksanaan K-Youth bukan sekadar membantu menangani isu pengangguran belia, malah  berperanan sebagai pelaburan sosial jangka panjang bagi membentuk  tenaga kerja masa depan  yang berdaya saing, berkemahiran dan beretika  tinggi.

Keyakinan baharu buat  Nor Adila

Nor Adila Mohamad  Nayan, 29, yang berasal dari Tikam Batu, Kedah mengakui  penyertaan dalam K-Youth telah membawa perubahan yang menyeluruh dalam  kerjaya dan kehidupan beliau.

Bukan sahaja dapat  meninjau peluang kerjaya yang stabil, malah anak kelima daripada enam beradik itu bersyukur dapat membantu ayahnya yang kini tidak mampu mengusahakan tanah sawah disebabkan faktor usia.

NOR ADILA
NOR ADILA

“Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  saja dan tidak pernah menyambung pelajaran.Saya memang tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika mencari kerja selepas habis belajar. 

“Tiada siapa yang pernah membimbing atau mengajar saya  mengenai etika, tatacara dan perkara penting lain yang perlu diketahui semasa memohon pekerjaan,” ceritanya tanpa  berselindung.

Namun, Program K-Youth mendorong  perubahan positif dalam diri Nor Adila apabila dirinya dapat mengadaptasi cara  bekerja, pengurusan masa, kawalan emosi sehingga membentuk disiplin diri.

Segalanya bermula apabila pemilik  sebuah kafe yang prihatin menawarkan peluang pekerjaan dan mencadangkannya untuk menyertai program tersebut. Melalui pelbagai bimbingan seperti latihan dalam pasukan dan penulisan resume, Nor Adila memberitahu, keyakinan dirinya meningkat secara  mendadak.

“Coach banyak memberi semangat dan mengajar saya  dari langkah pertama sehingga akhir. Banyak perubahan positif berlaku antaranya cara bekerja, pengurusan masa hinggalah  perubahan sikap,” ujarnya.

Sebaik sahaja tamat  program, Nor Adila terus diserap bekerja dan kini  berkhidmat sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah pasar raya di Tikam Batu.

“Program ini memberikan  peluang terbaik dan  membantu dalam kehidupan  saya. Rebutlah peluang yang  ada. Saya dapat kerja, dapat  ilmu dan semangat baharu,”  katanya penuh semangat.

Peluang latihan industri buka lembaran baharu  

Inisiatif Khazanah melalui  K-Youth turut membantu seorang pekerja hotel, Mohd  Raj Norjeet Ranjeet, 20, dan menjadi pintu utama untuknya menjejakkan kaki dalam industri hospitaliti  yang diminati sejak di bangku sekolah.

MOHD RAJ
MOHD RAJ

Meskipun berdepan cabaran  sebagai orang kurang upaya (OKU), lepasan SPM dari Wilayah Persekutuan Labuan itu berpeluang menjalani latihan industri di sebuah hotel bertaraf lima bintang di  Kota Kinabalu, Sabah.  

Mohd Raj bertekad untuk menimba  sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran, termasuk cara berkomunikasi dengan pelancong, etika berpakaian, serta pengurusan penampilan diri.

“Semua itu penting apabila bekerja di hotel kerana perlu berdepan dengan  ramai pelancong dari pelbagai negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Hasil kesungguhan Mohd Raj, anak  kedua daripada tiga beradik itu mampu  tersenyum dan berbangga apabila ditawarkan kerja tetap di hotel lima bintang sebaik tamat program.  

Berterima kasih kepada Khazanah  untuk peluang yang diberikan, Mohd  Raj ujar bahawa peluang sedemikian sangat bermakna dan membuktikan bahawa golongan OKU juga mampu berjaya jika diberi  sokongan sewajarnya.  

Graduan undang-undang ceburi  dunia data

Berbeza dengan kisah Mohd Raj,  Yonie Feriney Dullie, 23, graduan  undang-undang dari University of  Reading Malaysia, memilih Program  K-Youth sebagai batu loncatan untuk menceburi bidang teknologi data.

Anak muda kelahiran Putatan, Sabah  tersebut tertarik dengan modul pem belajaran program berstruktur yang relevan dengan teknologi semasa  seperti analitik data dan kecerdasan buatan (AI).

YONIE
YONIE

“Tiga tahun fokus pada buku  undang-undang, apabila memasuki  dunia pekerjaan sebenar, saya melihat  sendiri bagaimana teknologi digunakan  dalam operasi perniagaan.  

“Ia pengalaman menarik dan  mencabar kerana teknologi sekarang  berubah dengan begitu cepat,” kata Yonie, yang kini sedang menjalani skim latihan industri selama tiga bulan sebagai pelatih analisis data di sebuah syarikat e-dagang di Cyberjaya.  

Yonie berkata, penyertaan dalam Program K-Youth memberi kelebihan besar kepadanya seperti peningkatan kemahiran dan kebolehpasaran sebagai  graduan baharu.

“Saya berharap program seumpama  ini juga dapat diperluaskan kepada graduan dari luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak,” sarannya.

Program K-Youth turut dilaksanakan  dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, institusi latihan dan rakan  industri strategik bagi memastikan  kandungan latihan sejajar dengan  keperluan tenaga kerja semasa serta  arah tuju pembangunan negara.

Inisiatif ini sebahagian daripada  komitmen Khazanah untuk memacu  pembangunan insan sebagai teras  pembinaan negara.Melalui K-Youth, Khazanah membantu membentuk tenaga kerja berdaya saing dan  berkemahiran tinggi yang menjadi  tunjang kepada Ekonomi MADANI - ekonomi yang berpaksikan nilai, inklusif dan mampan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!