ASEAN perlu lebih berdaya saing - Mohamad

Datuk Seri Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - ASEAN perlu menumpukan usaha untuk menjadikan Asia Tenggara lebih berdaya tahan pada masa akan datang.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi mencapai hasrat itu ASEAN harus mengekalkan semangat autonomi strategik dan tindakan yang kolektif.

“Dengan obor yang kini berada di tangan kita, ASEAN mesti memimpin rakyat menuju masa depan yang lebih selamat dan adil. Dalam mencapai matlamat ini Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dipandu oleh aspirasi Keterangkuman dan Kemampanan.

“Menjadi hasrat kami juga untuk memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dalam kerangka yang berorientasikan masa depan yang berteraskan nilai-nilai ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Ucapan perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disaksikan semua Menteri Luar ASEAN.

AMM ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan,’ menyaksikan 24 mesyuarat peringkat menteri termasuk sesi libat urus bersama Rakan Dialog ASEAN dan Rakan Dialog Sektoral.

Mesyuarat peringkat tinggi itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Julai, menghimpunkan kira-kira 1,500 perwakilan.

Semua Menteri Luar ASEAN hadir kecuali Myanmar yang diwakili pegawai kanan kementerian luarnya manakala Menteri Luar Timor-Leste turut serta sebagai pemerhati.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!