X

Kindly register in order to view this article
!

Anakanda Sultan Perak zahir penghargaan kepada polis, tentera

Raja Azlan Muzzaffar, Raja Nazira Safya memegang kertas dengan lukisan berbentuk hati tertera ucapan terima kasih dan ditulis dalam pelbagai bahasa.
A
A

IPOH - Dua keping gambar anakanda Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara dalam menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) menarik perhatian ramai pihak.

Menerusi gambar berkenaan, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Raja Nazira Safya masing-masing memegang kertas putih tertera ucapan terima kasih kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Terima kasih abang dan kakak, askar dan polis," demikian penghargaan dizahirkan Raja Azlan Muzzaffar.

Sementara Raja Nazira Safya memegang kertas dengan lukisan berbentuk hati tertera ucapan terima kasih dan ditulis dalam pelbagai bahasa.

Gambar berkenaan tular di media sosial selepas dimuat naik dalam laman Instagram rasmi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, dua hari lepas.

Turut dipaparkan gambar Sultan Nazrin bersama kedua-dua anakanda baginda dalam pakaian polis dan ATM.

Status di Instagram itu turut disertakan dengan tanda pagar #askar#pdrm#dudukrumah.

Menerusi akaun sama, Tuanku Zara turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kakitangan hospital yang menunjukkan kesungguhan tinggi mengekang wabak Covid-19 tanpa mengira kepentingan diri.

"Terima kasih kepada wira dan wirawati kita di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital di seluruh negara yang berjuang tak kira penat, tak kira bahaya, tak kira kepentingan diri," tulis baginda.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!