Ajal selepas candat sotong

Mayat mangsa ditemui mati dengan hasil tangkapan sotong.
Mayat mangsa ditemui mati dengan hasil tangkapan sotong.
A
A
A

LANGKAWI - Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah bot nelayan di Pulau Singa Besar, di sini, petang tadi,

oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis.

Pengarah Maritim negeri, Laksamana Pertama (M) Rozali Mohd Said berkata, pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu melalui talian MERS 999 kira-kira jam 12.08 tengah hari.

"Sejurus itu, Pusat Operasi Maritim Bukit Malut telah menggerakkan sebuah kapal ke lokasi dengan segera dan dibantu sebuah bot dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa, Mahadzhir Hamid, 61 telah meninggal dunia dan bot mangsa telah ditunda ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut," katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dibawa naik dari bot nelayan dinaikinya.
Mayat mangsa dibawa naik dari bot nelayan dinaikinya.

Menurutnya, bot dan mayat mangsa tiba di jeti kira-kira jam 4 petang kerana bot APM dan kapal Maritim berdepan kesukaran untuk menghampiri kawasan cetek.

Katanya, mangsa dikatakan keluar ke laut seorang diri pada petang Ahad dan dipercayai dalam perjalanan pulang selepas mencandat sotong berikutan penemuan hasil tangkapan di dalam bot dengan nombor pendaftaran KHS 4712.

Artikel Berkaitan:

Menurut, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan bot mangsa telah diserahkan kepada waris.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750.