Ajal selepas hantar isteri kerja

Muhammad Syafiq cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto ihsan pembaca
Muhammad Syafiq cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

PARIT - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangi terbabas di Kilometer 42 Jalan Ipoh-Lumut dekat Jambatan Bota, di sini pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 10.15 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Syafiq Muhammad Nazri, 23, dalam perjalanan pulang menghantar isteri ke tempat kerja di Titi Gantung.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda hilang kawalan dan terbabas sendiri ke sebelah kanan jalan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Ketika kejadian mangsa menunggang sendirian dari arah Lumut ke Ipoh," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, bedah siasat ke atas mangsa telah dilakukan di Hospital Changkat Melintang.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: