Jenazah mangsa Covid-19 selamat dikebumikan

Jenazah mangsa terkorban ke-15 wabak Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sebatu, Sungai Rambai tengah hari tadi.
Jenazah mangsa terkorban ke-15 wabak Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sebatu, Sungai Rambai tengah hari tadi.
A
A
A

JASIN - Jenazah ke-15 mangsa koronavirus (Covid-19) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sebatu, Sungai Rambai di sini tengah hari tadi.

Mangsa berusia 71 tahun itu meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar jam 5.35 pagi tadi sebelum jenazahnya tiba di tanah perkuburan itu pada jam 12 tengah hari.

Jenazah pesara guru itu dikebumikan sepasukan anggota kesihatan dibantu beberapa pegawai syarak, penggali kubur serta masyarakat kampung yang lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Mangsa mempunyai kontak dengan kes ke-703 yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling di ibu negara baru-baru ini selain mempunyai sejarah penyakit kronik.

Waris yang hadir mematuhi jarak sosial ketika bacaan talkin.
Waris yang hadir mematuhi jarak sosial ketika bacaan talkin.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada 18 Mac lalu sebelum disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes warga emas itu adalah kes ke-1,519 di negara ini.

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan dan beberapa penduduk kampung serta waris keluarga.

Artikel Berkaitan: