Dua lelaki alami detik mengerikan dihempap konkrit rumah roboh

Salah seorang mangsa cedera akibat dihempap dalam kejadian rumah roboh di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu.
Salah seorang mangsa cedera akibat dihempap dalam kejadian rumah roboh di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU – Dua lelaki dilaporkan cedera selepas sebahagian rumah yang mereka diami roboh dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Lama, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 44 tahun mengalami kecederaan selepas dihempap bahagian konkrit rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.47 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

Sebahagian struktur rumah yang roboh dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu pada Khamis.
Sebahagian struktur rumah yang roboh dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu pada Khamis.

“Menurut laporan, sebuah rumah atas air jenis tidak kekal telah roboh di bahagian konkrit belakang rumah.

“Terdapat dua mangsa cedera – mangsa pertama mengalami kecederaan pada tulang belakang dan sesak nafas, manakala mangsa kedua luka di bahagian kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

Artikel Berkaitan:

“Mereka kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.22 pagi,” katanya.

Ringkasan AI

  • Dua lelaki cedera selepas rumah atas air roboh di Kampung Tanjung Aru Lama
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan mangsa berusia 44 tahun
  • Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.47 pagi
  • 10 anggota bomba digerakkan ke tempat kejadian
  • Mangsa mengalami kecederaan serius termasuk tulang belakang dan luka di kepala dan kaki

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!