X

Kindly register in order to view this article
!

Masih ada solat di masjid, surau

Gambar hiasan
A
A

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesan masih terdapat masjid dan surau di negeri ini ingkar arahan dengan mengadakan solat berjemaah melebihi bilangan ditetapkan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, tindakan itu amat mendukacitakan kerana semua pihak seharusnya mematuhi arahan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, orang ramai seharusnya memahami bahawa solat berjemaah di masjid merupakan fardu kifayah, sebaliknya menghindar kemudaratan lebih besar akibat wabak tersebut adalah satu kewajipan.

"Kita bukannya golongan Jabariah, taqwa kita bukan berserah. Bahaya dan kemudaratan diketahui, namun terdapat umat masih tidak memahami. Wajarkah kita menzalimi diri sendiri atau menzalimi orang lain?

"Sekali lagi saya menyeru kepada semua jawatankuasa kariah masjid dan surau agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan. Patuh kepada pemerintah adalah satu kewajipan," katanya menerusi hantaran di Facebook JAIPk hari ini.

Sebelum ini, Mohd Yusop mengingatkan semua masjid dan surau di Perak agar terus mematuhi arahan dikeluarkan JAIPk termasuk menghentikan aktiviti kuliah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Ingatan itu dibuat selepas pihaknya menerima maklumat masih terdapat surau dan masjid yang menjalankan aktiviti ceramah biarpun arahan larangan dikeluarkan sebelum ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus