ILO pertama kali datang Malaysia, Steven rai dengan raja buah

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, (kanan) menjamu Ketua Pengarah ILO, Gilbert F Houngbo dengan raja buah sempena kunjungan kali pertama beliau ke Malaysia.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, (kanan) menjamu Ketua Pengarah ILO, Gilbert F Houngbo dengan raja buah sempena kunjungan kali pertama beliau ke Malaysia.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Lawatan rasmi Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization) atau ILO, Gilbert F Houngbo ke Malaysia menjadi detik bersejarah dalam hubungan dua hala negara.

Bagi meraikan kunjungan pertama kali tersebut, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengadakan pertemuan santai sambil menikmati makan tengah hari bersama pemimpin triparti melibatkan wakil kerajaan, majikan dan pekerja.

Sesi tengah hari yang diadakan di Restoran Cili Kampung, Kuala Lumpur itu diserikan dengan jamuan hidangan tempatan termasuk raja buah iaitu durian yang menjadi tarikan utama kepada para delegasi ILO.

Steven Sim (dua dari kanan) meraikan kedatangan pertama kali Gilbert (dua dari kiri) ke Malaysia yang menjadi detik bersejarah dalam hubungan dua hala negara.
Steven Sim (dua dari kanan) meraikan kedatangan pertama kali Gilbert (dua dari kiri) ke Malaysia yang menjadi detik bersejarah dalam hubungan dua hala negara.

Suasana santai dan penuh dengan keakraban tersebut mencerminkan semangat keterbukaan dan persahabatan yang menjadi asas hubungan Malaysia–ILO sejak sekian lama.

Pertemuan yang turut disertai oleh wakil kerajaan, pekerja dan majikan berkenaan menyerlahkan lagi semangat saling menghormati dan kepercayaan sebagai tunjang kerjasama triparti di Malaysia.

Antara yang hadir, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Datuk Abdul Halim Mansor.

Hadir sama, Naib Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam, Mohd Zool Asmani Mahmood dan Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Kementerian Sumber Manusia, Raja Mohd Nizam Raja Kamarulbahrin.

Artikel Berkaitan:

Steven (dua dari kanan) mengadakan pertemuan santai sambil menikmati makan tengah hari bersama ILO da pemimpin triparti melibatkan wakil kerajaan, majikan serta pekerja di Kuala Lumpur.
Steven (dua dari kanan) mengadakan pertemuan santai sambil menikmati makan tengah hari bersama ILO da pemimpin triparti melibatkan wakil kerajaan, majikan serta pekerja di Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu, Steven Sim turut memaklumkan hasrat Malaysia untuk menyertai Global Coalition for Social Justice semasa Persidangan Buruh Antarabangsa (ILC) sesi ke-114 pada tahun depan.

Gabungan global tersebut merupakan inisiatif ILO yang ditubuhkan sejak tahun 2023 bertujuan memperkukuhkan usaha global ke arah keadilan sosial sejagat.

Penyertaan Malaysia kelak akan menzahirkan komitmen negara untuk terus melindungi hak pekerja, memperluas jaringan perlindungan sosial dan menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Bagi meraikan kunjungan pertama kali Gilbert F Houngbo (dua dari kiri) ke Malaysia, Steven (dua dari kanan) mengadakan pertemuan santai sambil menikmati makan tengah hari bersama pemimpin triparti melibatkan wakil kerajaan, majikan dan pekerja di Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah ILO berkenaan dijadualkan hadir ke Global Skills Forum (GSF) pada Rabu, anjuran Human Resource Development Corporation (HRD Corp), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Forum tersebut menjadi wadah penting bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam agenda pembangunan kemahiran dan pekerjaan masa depan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!