Pelancong Israel curi duit derma untuk tokong di Pattaya

Suspek yang ditahan polis di Jalan Pantai Pattaya. - Foto: Agensi
Suspek yang ditahan polis di Jalan Pantai Pattaya. - Foto: Agensi
A
A
A

PATTAYA – Seorang pelancong warga Israel ditahan polis selepas didapati mencuri beberapa sampul berisi wang derma tokong selepas gagal mendapatkan semula bayaran perkhidmatan urut di sebuah pusat urut di Pattaya, awal pagi Jumaat lalu.

Kejadian berlaku sekitar jam 2 pagi waktu tempatan di kawasan Soi 6, Pattaya Sai 2, apabila lelaki berusia 34 tahun, dikenali sebagai Bar bertindak melarikan sampul derma yang diletakkan di kaunter pembayaran.

Menurut laporan polis, suspek pada awalnya menuntut bayaran balik 300 baht (RM39) selepas menerima urutan tradisional Thai selama satu jam daripada seorang tukang urut wanita, Noi, berusia 49 tahun.

Namun, apabila permintaannya ditolak, lelaki itu terus merampas beberapa sampul yang mengandungi derma untuk Tokong Wat Tham Pha Thong di wilayah Phetchabun, sebelum melarikan diri keluar dari premis.

Tindakan itu mencetuskan kekecohan apabila Noi menjerit meminta tolong, menyebabkan beberapa penunggang motosikal sewa dan penduduk tempatan mengejar suspek sehingga berjaya menahannya di Jalan Pantai Pattaya.

Polis yang tiba di lokasi kemudian menahan lelaki terbabit dan menemui sampul derma tersebut di dalam poket seluarnya.

Ketika disoal siasat, suspek mendakwa tidak tahu sampul itu berisi wang dan hanya bertindak secara spontan kerana marah selepas gagal mendapat bayaran balik.

Namun, pihak polis meragui alasan tersebut dan kini menahannya untuk siasatan lanjut sebelum kes dibawa kepada pihak pendakwa raya.

Pihak berkuasa turut memuji tindakan pantas masyarakat setempat yang membantu menahan suspek tanpa insiden lebih buruk, sambil mengingatkan pelancong asing agar menghormati undang-undang dan budaya tempatan. - Foto: Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pelancong warga Israel ditahan kerana mencuri sampul duit derma tokong di Pattaya
  • Kejadian mencuri berlaku selepas gagal mendapat bayaran balik untuk perkhidmatan urut
  • Pencurian dilakukan pada jam 2 pagi di Soi 6, Pattaya Sai 2
  • Suspek cuba mendapatkan bayaran balik 300 baht dari urutan tradisional Thai namun ditolak
  • Masyarakat setempat mengejar dan menahan suspek dengan bantuan polis yang kemudiannya menemui sampul derma dalam poket suspek

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!