Penduduk DUN Semambu, Teruntum terima bantuan Kerajaan Pahang


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy (kanan) menyampaikan dana khas ADUN kepada Chon Siang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy (kanan) menyampaikan dana khas ADUN kepada Chon Siang.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 20 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum dan 15 keluarga di DUN Semambu menerima bantuan pek keperluan dapur dan makanan hari ini.

Mereka terdiri daripada ketua keluarga dan warga emas yang rata-ratanya tidak mempunyai akses atau kenderaan untuk ke bandar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Som Chong Siang berkata, insentif itu disampaikan hari ini sejurus menerima wang dari kerajaan Pahang bagi membantu masyarakat terjejas menerusi 42 ADUN di negeri itu.

"Kita menerima wang secara tunai semalam dan terus membeli keperluan dalam bentuk pek keperluan dapur dan makanan. Wang tunai hanya RM3,000, jadi bantuan diberi dalam bentuk makanan kepada mereka yang sangat memerlukan sahaja.

"Di DUN Teruntum, terdapat lebih kurang 15,000 pengundi dengan anggaran penduduk melebihi 20,000 orang.

"Kita sudah mula agihkan kepada warga emas dan yang tidak ada kenderaan untuk pergi ke bandar bagi membeli makanan. Kita harap kerajaan Pahang boleh sedia bantuan seperti ini tidak kira latar belakang politik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.


Antara penerima bantuan di DUN Semambu.
Antara penerima bantuan di DUN Semambu.

Sementara itu, ADUN Semambu, Lee Chean Chong berkata, pihaknya telah mengagihkan bantuan dalam bentuk yang sama kepada 15 keluarga di DUN tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kebanyakan mereka terdiri daripada warga emas, keluarga tidak berkemampuan serta mereka yang bekerja sendiri terutama peniaga gerai.

"Pada Ahad lalu, Pusat Komuniti Keadilan DUN Beserah di bawah Cabang Indera Mahkota menyerahkan sumbangan kepada mereka yang terjejas./p>


Warga emas yang terjejas diberikan keutamaan.
Warga emas yang terjejas diberikan keutamaan.

Semalam, kerajaan Pahang mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM252,000 kepada setiap 42 ADUN di Pahang bagi membantu rakyat yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19.

[ARTIKEL BERKAITAN] - RM3.5 juta bantuan untuk rakyat Pahang