DAP Pahang usaha dekati rakyat pelbagai peringkat - Young Syefura

Young Syefura
Young Syefura
A
A
A

SHAH ALAM – Gerak kerja DAP di Pahang tidak pernah berhenti meskipun Pilihan Raya Umum (PRU) masih jauh, kata Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Beliau berkata, tumpuan kini diberikan kepada usaha mendekati rakyat di semua peringkat tanpa mengira kaum bagi memastikan kehadiran wakil rakyat sentiasa dirasai dan keperluan mereka diberi perhatian.

“Bagi saya, kerja kami tak pernah terhenti selepas menang pilihan raya. Kami terus turun ke kampung, taman dan kawasan pelbagai kaum termasuk Cina, India, Melayu dan Orang Asli untuk memastikan kehadiran kami dirasai dan keperluan rakyat dipenuhi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian sempena Rumah Terbuka Hari Deepavali Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu di Kompleks Perumahan Exco, Seksyen 7 di sini pada Isnin.

Young Syefura turut yakin hubungan baik antara DAP dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan terus memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri.

“Kerjasama kami dengan BN di Pahang berjalan dengan sangat baik. Akhirnya terpulang kepada rakyat untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk mereka.

“Yang penting, kami memastikan segala keperluan dan bantuan daripada kerajaan negeri serta persekutuan sampai terus kepada rakyat,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gerak kerja DAP di Pahang tidak pernah berhenti meskipun PRU masih jauh, kata Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman
  • Tumpuan diberikan kepada usaha mendekati rakyat di semua peringkat tanpa mengira kaum
  • Kerja wakil rakyat sentiasa turun ke kampung dan kawasan pelbagai kaum untuk memenuhi keperluan rakyat
  • Young Syefura yakin hubungan baik antara DAP dan BN di Pahang akan memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri
  • Pentingnya memastikan segala keperluan dan bantuan dari kerajaan negeri dan persekutuan sampai kepada rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!