Mayat wanita terapung ditemui di Bagan Pasir Penambang

Anggota bomba membawa naik mayat wanita berusia lingkungan 50-an yang dijumpai terapung di Bagan Pasir Penambang di sini hari ini.
Anggota bomba membawa naik mayat wanita berusia lingkungan 50-an yang dijumpai terapung di Bagan Pasir Penambang di sini hari ini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Mayat seorang wanita ditemui terapung di Bagan Pasir Penambang di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Penolong Penguasa Bomba Ismail Zakariya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 petang.

Menurutnya, seramai sembilan anggota bersama jentera kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, nelayan menunjukkan mayat wanita terbabit terapung dalam keadaan tertiarap di sungai berkenaan," katanya.

Ismail berkata, pasukannya dengan bantuan bot nelayan menjalankan operasi itu mengangkat mayat dengan menggunakan pengusung serta tali.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa berusia lingkungan 50-an," katanya.

Menurutnya, operasi selama satu jam itu tamat jam 4.06 petang semalam.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: