Polis mohon kerjasama kesan wanita hilang

JOHOR BAHRU - Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar pada jam 1.30 pagi, Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, individu yang dikenali sebagai S Dhurgashri itu mempunyai ketinggian 155 cm dan berat sekitar 45 kilogram.
Beliau berkata, wanita berketurunan India itu mempunyai rambut lurus berwarna coklat, berkulit cerah, bentuk mata yang kecil dan berwarna hitam serta memiliki kening yang agak tebal serta bentuk badan yang kurus.
"Sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat terhadap individu berkenaan yang alamat terakhirnya di Taman Puteriwangsa, Ulu Tiram itu boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Insp Muhd Hafizuddin Zakaria di talian 07-218 2323.
"Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ringkasan AI
- Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang
- Wanita tersebut keluar rumah pada jam 1.30 pagi dan tidak pulang
- Dikenali sebagai S Dhurgashri, tinggi 155 cm dan berat 45 kilogram
- Berambut lurus berwarna coklat, berkulit cerah, dan memiliki bentuk mata kecil serta kening tebal
- Maklumat mengenai wanita hilang boleh disalurkan kepada Insp Muhd Hafizuddin Zakaria atau mana-mana balai polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
