Jenazah pelajar UM maut terjatuh dari tingkat tiga selamat dikebumikan

Ahli keluarga Allahyarham Ahmad Arif Zawir memberi penghormatan terakhir ketika disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai pada jam 6.20 petang Sabtu. Gambar kecil: Allahyarham Ahmad Arif Zawir
Ahli keluarga Allahyarham Ahmad Arif Zawir memberi penghormatan terakhir ketika disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai pada jam 6.20 petang Sabtu. Gambar kecil: Allahyarham Ahmad Arif Zawir
A
A
A

PASIR GUDANG – Jenazah pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kolej kediamannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai, di sini, jam 6.20 petang pada Sabtu.

Jenazah Allahyarham Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam UM tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 5.45 petang.

Dianggarkan kira-kira 100 orang ahli keluarga dan rakan-rakan dari UM hadir memberikan penghormatan terakhir.

Sebelum itu, jenazah disolatkan sekitar jam 9.50 pagi di Surau Ad-Deeniah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ahli keluarga dan sahabat Allahyarham Ahmad Arif Zawir hadir memberi penghormatan terakhir di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai pada jam 6.20 petang Sabtu.
Ahli keluarga dan sahabat Allahyarham Ahmad Arif Zawir hadir memberi penghormatan terakhir di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai pada jam 6.20 petang Sabtu.

Solat jenazah ke atas Allahyarham dihadiri oleh rakan-rakan, ahli keluarga serta pensyarah yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Sebaik sahaja upacara pengebumian selesai, hujan renyai turun seolah-olah menangisi pemergian Allahyarham menambah suasana sayu di tanah perkuburan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pelajar terbabit meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga kediamannya di Universiti Malaya pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, bedah siasat dijalankan di Bilik Bedah Siasat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara jam 10 malam hingga jam 3 pagi.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ujarnya, mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada, selain tiada kesan jerutan atau sebarang unsur jenayah.

Ringkasan AI

  • Jenazah pelajar Universiti Malaya yang maut terjatuh dari tingkat tiga dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai
  • Ahmad Arif Zawir Mohd Ali adalah pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan
  • Kira-kira 100 orang ahli keluarga dan rakan UM hadir memberikan penghormatan terakhir
  • Solat jenazah disolatkan di Surau Ad-Deeniah PPUM dengan kehadiran rakan, ahli keluarga, dan pensyarah
  • Bedah siasat PPUM mendapati kematian disebabkan kecederaan kepala dari jatuh tinggi, tiada unsur jenayah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!