Jenazah pelajar UM maut terjatuh dari tingkat 3 dikebumikan di Masai

Solat jenazah ke atas Allahyarham Ahmad Arif Zawir dihadiri rakan-rakan, ahli keluarga serta pensyarah bagi memberikan penghormatan terakhir.
Solat jenazah ke atas Allahyarham Ahmad Arif Zawir dihadiri rakan-rakan, ahli keluarga serta pensyarah bagi memberikan penghormatan terakhir.
A
A
A

PETALING JAYA – Jenazah pelajar Universiti Malaya (UM) yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga kolej kediamannya akan dikebumikan di Masai, Johor pada Sabtu.

Jenazah Allahyarham Ahmad Arif Zawir Mohd Ali sebelum itu disolatkan sekitar jam 9.50 pagi di Surau Ad-Deeniah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Solat jenazah ke atas Allahyarham dihadiri oleh rakan-rakan, ahli keluarga serta pensyarah yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Ahmad Arif Zawir merupakan pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam UM.

Difahamkan, jenazah akan disolatkan sekali lagi di Surau Masjid Taman Rinting, Masai sebelum dikebumikan petang ini.

Jenazah Allahyarham Ahmad Arif Zawir akan dikebumikan di Masai, Johor petang ini.
Jenazah Allahyarham Ahmad Arif Zawir akan dikebumikan di Masai, Johor petang ini.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pelajar terbabit meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga kediamannya di Universiti Malaya pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata bedah siasat dijalankan di Bilik Bedah Siasat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) antara jam 10 malam sehingga jam 3 pagi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ujar beliau, mangsa juga didapati mengalami kecederaan di bahagian dada selain tiada kesan jerutan atau sebarang unsur jenayah.

Ringkasan AI

  • Jenazah pelajar Universiti Malaya yang maut terjatuh dari tingkat tiga akan dikebumikan di Masai, Johor
  • Solat jenazah dihadiri rakan, keluarga, dan pensyarah di Surau Ad-Deeniah, PPUM
  • Ahmad Arif Zawir adalah pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam UM
  • Jenazah akan disolatkan lagi di Surau Masjid Taman Rinting, Masai sebelum kebumi
  • Punca kematian adalah kecederaan di kepala dari jatuh tinggi, tiada unsur jenayah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!