Gempa bumi bermagnitud 6.2 landa selatan Filipina

Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina pada pagi Jumaat. Gambar hiasan
Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina pada pagi Jumaat. Gambar hiasan
A
A
A

MANILA - Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina pada pagi Jumaat, lapor Xinhua memetik Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina.

Menurut institut itu, gempa bumi yang berlaku pada 7.03 pagi waktu tempatan (2303 GMT) itu berpusat pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 13 km tenggara dari kawasan perbandaran General Luna.

Institut itu berkata, gempa bumi tektonik berkenaan dijangka mencetuskan gegaran susulan dan boleh menyebabkan kerosakan besar.

Gegaran turut dirasai di wilayah berjiran di Mindanao dan tengah Filipina. Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina
  • Gempa bumi berlaku pada 7.03 pagi waktu tempatan
  • Berpusat pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 13 km tenggara dari kawasan perbandaran General Luna
  • Gempa bumi tektonik dijangka mencetuskan gegaran susulan dan boleh menyebabkan kerosakan besar
  • Gegaran turut dirasai di wilayah berjiran di Mindanao dan tengah Filipina

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!