Tentera Israel serbu wilayah selatan Syria

Tentera Israel dilaporkan mara ke bandar Samadaniyah timur dan berada di kawasan itu selama beberapa jam sebelum berundur semula ke bandar Quneitra.
Tentera Israel dilaporkan mara ke bandar Samadaniyah timur dan berada di kawasan itu selama beberapa jam sebelum berundur semula ke bandar Quneitra.
A
A
A

ISTANBUL - Pasukan tentera Israel memasuki kawasan luar bandar Quneitra di selatan Syria pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan Syria.

Saluran TV milik kerajaan Syria Al-Ikhbariya melaporkan yang rejim Zionis mara ke kampung Al-Owainia di utara Quneitra dan menyerbu dua buah rumah.

Satu lagi unit tentera Israel yang terdiri daripada lapan kenderaan tentera, termasuk sebuah jentolak dan dua kereta kebal, turut mara ke bandar Samadaniyah timur dan berada di kawasan itu selama beberapa jam sebelum berundur semula ke bandar Quneitra.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh tentera Israel berhubung laporan itu setakat ini.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Israel melancarkan beberapa serbuan rentas sempadan ke wilayah selatan Syria, termasuk Quneitra, walaupun terdapat gesaan antarabangsa agar menghentikan pencabulan terhadap kedaulatan Syria.

Selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada akhir 2024, Israel memperluas pendudukannya di Dataran Tinggi Golan Syria dengan merampas zon penampan bebas tentera, satu tindakan yang melanggar Perjanjian Pengunduran 1974 dengan Syria. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pasukan tentera Israel memasuki kawasan luar bandar Quneitra di selatan Syria
  • Saluran TV Syria melaporkan serbuan ke kampung Al-Owainia dan rumah-rumah diserbu
  • Unit tentera Israel dengan kenderaan dan kereta kebal mara ke Samadaniyah timur sebelum berundur
  • Tiada kenyataan dari tentera Israel mengenai serbuan ini
  • Israel melancarkan beberapa serbuan ke wilayah selatan Syria termasuk Quneitra walaupun ada gesaan antarabangsa untuk menghentikan pencabulan kedaulatan Syria

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!