Colours of Light MyTOWNKL semarakkan semangat kebersamaan

Colours of Light Celebration merupakan gabungan cahaya, tekstur dan warna pastel yang diinspirasikan daripada pesona budaya Little India.
Colours of Light Celebration merupakan gabungan cahaya, tekstur dan warna pastel yang diinspirasikan daripada pesona budaya Little India.
A
A
A

MyTOWN Shopping Centre menyerikan sambutan Deepavali tahun ini dengan kempen Colours of Light Celebration yang menampilkan pelbagai tradisi budaya, persembahan menarik dan aktiviti interaktif untuk semua.

Pengurus Besar MyTOWN Shopping Centre, Azhan Che Mat berkata, pihaknya berbesar hati melihat komuniti datang bersama-sama meraikan perayaan Deepavali dalam suasana yang begitu bermakna.

“Colours of Light Celebration mencerminkan semangat kami dalam membina ruang yang meraikan setiap perayaan dengan kehangatan, keterangkuman dan keceriaan,” katanya.

MyTOWN Shopping Centre meraikan Deepavali dengan Colours of Light Celebration yang menampilkan pelbagai tradisi budaya, persembahan menarik dan aktiviti interaktif untuk semua.
MyTOWN Shopping Centre meraikan Deepavali dengan Colours of Light Celebration yang menampilkan pelbagai tradisi budaya, persembahan menarik dan aktiviti interaktif untuk semua.

Tahun ini, dekorasi pusat beli-belah tersebut mengetengahkan keindahan Deepavali melalui gabungan cahaya, tekstur dan warna pastel yang diinspirasikan daripada pesona budaya Little India.

Reka bentuknya mengambil ilham daripada motif lukisan India purba dan gerbang ikonik Patrika Gate, namun diolah semula bagi mencerminkan semangat pelbagai budaya Malaysia.

Para pengunjung dijemput menikmati suasana meriah sambil merakam momen indah yang meraikan jiwa dan tradisi Deepavali hingga kempen berakhir pada 26 Oktober ini.

Menambah kemeriahan, barisan persembahan istimewa turut diadakan termasuk Bollywood Flash Mob, tarian anggun Dandiya, persembahan Junior Bollywood, Peacock & Traditional Dance dan hentakan bertenaga Dhol Drums serta Musical Walkabouts di seluruh ruang legar.

Artikel Berkaitan:

Aktiviti menarik sepanjang bulan ini, pengunjung pelbagai peringkat umur berpeluang menyertai bengkel kreatif bertemakan tradisi Deepavali seperti Floral Mirror Making, Diya Painting, Scented Candle Crafting dan Table Lamp Decorating.

Aktiviti tersebut boleh disertai dengan hanya 25 mata melalui aplikasi MyTOWNKL App, sekali gus membolehkan pengunjung menghasilkan karya unik untuk dibawa pulang.

Selain itu, pengguna aplikasi MyTOWNKL boleh menikmati ganjaran eksklusif dengan penebusan premium bermula daripada 500 mata, termasuk hadiah istimewa berinspirasikan perayaan seperti set alas cawan kayu (wooden coaster) pelbagai rekaan.

Dalam masa sama, MyTOWNKL turut bekerjasama dengan Swarovski bagi menawarkan hadiah eksklusif berupa personalised hot-press crystal secara percuma pada beg Swarovski untuk setiap perbelanjaan minimum RM500 di mana-mana penyewa MyTOWN atau RM350 di butik Swarovski.

Tawaran berkenaan diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Untuk maklumat terkini, ikuti platform digital rasmi MyTOWNKL melalui laman sesawang, Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok.

Ringkasan AI

  • MyTOWN Shopping Centre menyambut Deepavali dengan Colours of Light Celebration yang meriahkan tradisi budaya
  • Pengurus Besar MyTOWN, Azhan Che Mat, gembira melihat komuniti meraikan Deepavali bersama-sama
  • Dekorasi pusat beli-belah menampilkan keindahan Deepavali dengan gabungan cahaya, warna pastel dan tekstur yang terinspirasi dari budaya Little India
  • Para pengunjung dijamu dengan persembahan seperti Bollywood Flash Mob, tarian Dandiya, dan banyak lagi hingga 26 Oktober
  • Pengunjung boleh menyertai aktiviti bertemakan Deepavali dan menikmati ganjaran eksklusif melalui aplikasi MyTOWNKL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!