Maldives negara pertama hapus HIV, Sifilis dan Hepatitis B dari ibu ke anak

Boehme (kiri) dan Ghebreyesus (kanan) menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Abdulla Nazim (tengah) ketika Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO ke-78 bagi Asia Tenggara di Colombo pada Selasa. Foto Facebook WHO SEARO
Boehme (kiri) dan Ghebreyesus (kanan) menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Abdulla Nazim (tengah) ketika Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO ke-78 bagi Asia Tenggara di Colombo pada Selasa. Foto Facebook WHO SEARO
A
A
A

COLOMBO - Maldives muncul sebagai negara pertama yang mencapai 'penghapusan tiga kali ganda penularan daripada ibu kepada anak' (EMTCT) bagi penyakit HIV, Sifilis dan Hepatitis B, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO dalam satu kenyataan berkata, Menteri Kesihatan Maldives, Abdulla Nazim Ibrahim menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus ketika Mesyuarat Jawatankuasa Serantau WHO ke-78 bagi Asia Tenggara di Colombo, Sri Lanka pada Selasa.

Sementara itu, negara anggota Pejabat Serantau WHO bagi Asia Tenggara (SEARO), yang merangkumi hampir dua bilion penduduk termasuk India dan beberapa negara Asia Selatan lain turut menerima pakai Deklarasi Colombo mengenai penuaan sihat.

Penduduk rantau itu yang berumur lebih 60 tahun dijangka meningkat kepada 20.9 peratus menjelang 2050 berbanding 11.3 peratus pada 2024.

Ketua Serantau WHO, Catharina Boehme berpandangan, penjagaan kesihatan primer merupakan laluan paling inklusif, berkesan dan efisien untuk mencapai liputan kesejahteraan sejagat.

"Ini sekali gus memastikan warga emas dapat hidup lebih lama, sihat, produktif dan bermakna," katanya semasa sesi meja bulat peringkat menteri.

Badan serantau itu akan menamatkan mesyuarat tiga hari di Colombo pada Rabu. - AGENSI

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Maldives muncul sebagai negara pertama yang mencapai 'penghapusan tiga kali ganda penularan daripada ibu kepada anak' bagi penyakit HIV, Sifilis dan Hepatitis B, kata WHO
  • Menteri Kesihatan Maldives, Abdulla Nazim Ibrahim menerima sijil pengiktirafan itu daripada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus
  • Negara anggota Pejabat Serantau WHO bagi Asia Tenggara termasuk India dan beberapa negara Asia Selatan lain menerima pakai Deklarasi Colombo mengenai penuaan sihat
  • Penduduk rantau itu berumur lebih 60 tahun dijangka meningkat kepada 20.9 peratus menjelang 2050
  • Ketua Serantau WHO, Catharina Boehme berpandangan, penjagaan kesihatan primer adalah laluan terbaik untuk mencapai liputan kesejahteraan sejagat dan memastikan warga emas dapat hidup lebih lama, sihat, produktif dan bermakna

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!