Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza 29 Mac ini

Global Sumud Flotilla mengumumkan hasrat menghantar misi kemanusiaan terbesarnya ke Gaza melalui laut dan darat pada 29 Mac ini - Foto: Agensi
Global Sumud Flotilla mengumumkan hasrat menghantar misi kemanusiaan terbesarnya ke Gaza melalui laut dan darat pada 29 Mac ini - Foto: Agensi
A
A
A

MOSCOW - Kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla mengumumkan hasrat untuk menghantar misi kemanusiaan terbesarnya ke Gaza melalui laut dan darat pada 29 Mac, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Disember 2025, kumpulan itu memaklumkan yang ia sedang membuat persiapan untuk memperluas secara besar-besaran misi bantuan ke Semenanjung Gaza pada musim bunga 2026, termasuk menghantar lebih 100 kapal ke wilayah berkenaan.

"Hari ini, Global Sumud Flotilla mengumumkan campur tangan kemanusiaan bersepadu terbesar untuk Palestin dalam sejarah. Pada 29 Mac 2026, sebuah flotila maritim bersatu dan konvoi kemanusiaan darat akan berlepas serentak, menggerakkan ribuan orang dari lebih 100 negara dalam tindak balas bersepadu dan tanpa kekerasan terhadap genosid, kepungan, kebuluran besar-besaran dan kemusnahan kehidupan orang awam di Gaza,” menurut kenyataan organisasi itu pada Khamis.

Flotila itu dilaporkan akan berlepas dari Barcelona, Itali, Tunisia serta negara Mediterranean lain, manakala konvoi darat akan bergerak menuju Gaza dari Afrika Utara.

Misi itu melibatkan lebih 1,000 petugas perubatan, selain pendidik, jurutera, pasukan pembinaan semula, penyiasat jenayah perang dan ekosid, serta pemerhati undang-undang yang mendokumentasikan pelanggaran undang-undang antarabangsa, menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla akan menghantar misi kemanusiaan terbesarnya ke Gaza pada 29 Mac 2026
  • Misi tersebut akan melibatkan penghantaran lebih dari 100 kapal dan bergerak melalui laut dan darat
  • Misi ini bertujuan untuk memberi respons tanpa kekerasan terhadap genosid, kepungan, dan kemusnahan kehidupan di Gaza
  • Flotila akan berlepas dari Barcelona, Itali, Tunisia, dan negara Mediterranean lain, manakala konvoi darat dari Afrika Utara
  • Melibatkan lebih dari 1,000 petugas perubatan, pendidik, jurutera, dan penyiasat jenayah perang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!