CCCECRL rugi lebih RM3 juta akibat kecurian kabel, perketat kawalan projek ECRL

Antara langkah keselamatan yang diambil termasuk pemasangan 66 unit CCTV di kawasan terlibat sejak September lalu.
Antara langkah keselamatan yang diambil termasuk pemasangan 66 unit CCTV di kawasan terlibat sejak September lalu.
A
A
A

MARAN - China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) mempertingkat langkah keselamatan susulan kerugian melebihi RM3 juta akibat kegiatan curi kabel dan pelbagai komponen lain di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan tiga negeri setakat ini.

Setakat ini, sebanyak 32 kes kecurian direkodkan sejak Jun lalu, dengan jumlah tertinggi berlaku di Pahang (24 kes), diikuti Terengganu (7) dan Kelantan (1).

Pengarah Keselamatan CCCECRL Seksyen 13, Shi Liang Hui berkata, keadaan itu amat membimbangkan kerana boleh menjejaskan kelancaran projek nasional tersebut sekiranya tidak dibendung segera.

“Antara langkah keselamatan yang diambil termasuk pemasangan 66 unit kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terlibat sejak September lalu.

“Selain itu, kita turut menggunakan khidmat syarikat keselamatan bagi mengawal lokasi berisiko serta bekerjasama dengan pihak polis yang menjalankan rondaan malam di tapak projek,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau lokasi projek berhampiran Kampung Luit di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya juga mengharapkan kerjasama orang ramai untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terlihat sebarang aktiviti mencurigakan di sekitar kawasan pembinaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MARAN - China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) mempertingkat langkah keselamatan selepas kerugian lebih RM3 juta akibat kecurian
  • Sejumlah 32 kes kecurian direkodkan sejak Jun, tertinggi di Pahang diikuti Terengganu dan Kelantan
  • Kecurian boleh menjejaskan kelancaran projek Laluan Rel Pantai Timur
  • Langkah keselamatan termasuk pemasangan 66 unit CCTV dan penggunaan khidmat syarikat keselamatan
  • CCCECRL mengharapkan kerjasama orang ramai melaporkan aktiviti mencurigakan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!