Hasil tangkapan segar

A
A
A

Suasana sibuk di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Kambing pagi ini, memperlihat sekumpulan nelayan gigih memunggah hasil tangkapan segar selepas semalaman berjuang di lautan.

Menerusi Belanjawan MADANI 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, golongan nelayan terus menerima perhatian kerajaan dengan pelbagai bentuk insentif termasuk elaun sara hidup sehingga RM300 sebulan serta insentif hasil tangkapan berjumlah keseluruhan RM160 juta.

Kerajaan juga mengekalkan harga diesel bersubsidi RM1.65 seliter khusus bagi nelayan, sekali gus meringankan kos operasi harian mereka di laut.

Bagi meningkatkan keupayaan industri perikanan tempatan, sebanyak RM20 juta turut diperuntukkan untuk membantu nelayan menaik taraf vesel, mengurangkan kebergantungan kepada kru asing, serta menggantikan pukat tunda Zon B dan pukat kenka dua bot ke arah amalan perikanan yang lebih lestari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!