Belanjawan 2026: PM umum elaun sara hingga RM300 sebulan kepada nelayan

Kerajaan juga menyediakan RM20 juta supaya nelayan menaik taraf vesel bagi mengurangkan kebergantungan tekong dan kru asing.
Kerajaan juga menyediakan RM20 juta supaya nelayan menaik taraf vesel bagi mengurangkan kebergantungan tekong dan kru asing.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan elaun sara sehingga RM300 sebulan untuk nelayan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, insentif hasil tangkapan pula diberikan dengan peruntukan RM160 juta.

"Dalam masa sama kerajaan tetap mengekalkan diesel bersubsidi RM1.65 seliter khusus untuk nelayan.

"Kerajaan juga menyediakan RM20 juta supaya nelayan menaik taraf vesel bagi mengurangkan kebergantungan tekong dan kru asing," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah beliau, mereka dapat menggantikan pukat tunda Zon B dan pukat kenka dua bot bagi mengurangkan vesel tidak lestari.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan elaun sara hingga RM300 sebulan untuk nelayan
  • Insentif hasil tangkapan diberikan dengan peruntukan RM160 juta
  • Kerajaan mengekalkan diesel bersubsidi RM1.65 seliter khusus untuk nelayan
  • RM20 juta disediakan untuk nelayan menaik taraf vesel
  • Menggantikan pukat tunda Zon B dan pukat kenka dua bot bagi mengurangkan vesel tidak lestari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!