Jadual feri Langkawi-Kuala Perlis dipinda susulan paras air rendah

Sebanyak 18 perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dan 16 perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi telah diawalkan atau dilewatkan bermula 17 hingga 28 Oktober.

Pindaan jadual ini adalah langkah proaktif bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan serta memastikan operasi pelayaran berjalan lancar. - Gambar hiasan
Pindaan jadual ini adalah langkah proaktif bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan serta memastikan operasi pelayaran berjalan lancar. - Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR – Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis kini kembali cetek akibat mendapan lumpur, sekali gus memaksa Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd melakukan pindaan terhadap jadual pelayaran feri bagi laluan Langkawi – Kuala Perlis sepanjang Oktober ini.

Langkah itu diambil susulan kedalaman air laut yang sebelum ini berada pada paras 1.0 meter telah dinaikkan kepada 1.2 meter demi menjamin keselamatan feri dan penumpang.

Menurut Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Leftenan Komander (Bersara) Norhafiz Abdul Wahid, sebanyak 18 perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dan 16 perjalanan dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi telah diawalkan atau dilewatkan bermula 17 hingga 28 Oktober.

“Penumpang yang membuat pembelian tiket secara dalam talian akan dimaklumkan melalui emel dan pesanan khidmat ringkas (SMS), manakala mereka yang membeli di kaunter boleh merujuk laman Facebook rasmi Cuti-Cuti Langkawi untuk maklumat terkini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas beliau, antara perubahan ketara melibatkan pelayaran pada 20 Oktober, apabila feri dari Kuala Perlis ke Langkawi yang sepatutnya berlepas pada waktu pagi telah dilewatkan ke jam 8 pagi, manakala perjalanan dari Langkawi pula diawalkan ke jam 1.30 petang dan 3.30 petang.

Menurutnya, pindaan jadual ini merupakan langkah proaktif bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan serta memastikan operasi pelayaran berjalan lancar.

“Penumpang yang ingin menukar tarikh perjalanan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Cuti-Cuti Langkawi di talian 012-732 7174 atau hadir sendiri ke kaunter tiket,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis cetek akibat lumpur memaksa ubah jadual feri Langkawi-Kuala Perlis Oktober ini
  • Kedalaman air laut dinaikkan kepada 1.2 meter demi keselamatan
  • Pindaan jadual melibatkan pengawalan 18 perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis dan 16 sebaliknya dari 17-28 Oktober
  • Penumpang dimaklumkan perubahan melalui emel, SMS dan rujukan laman Facebook Cuti Cuti Langkawi
  • Langkah proaktif bagi mengelak risiko keselamatan dan memastikan operasi pelayaran lancar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!